Penceraian Sesuatu Yang Menakutkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik kakak yang mama sayang...

Morning gaisss... kali ni mama menaip dipagi hari ditemani hujan lebat...hee.. so mood kerja belum mari... waktu kerja pun belum mula...so mama update blog mama dulu ye...

(semua yang tertulis di sini hanyalah pandangan mama... tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)

Persoalan pagi ni... mama takut tak masa nak bercerai dulu?????

Jawapannya... mama TAK TAKUT tapi mama BERSEDIA....

Mama rasa semua bersetuju kalau mama kata... tiada siapapun yang berkahwin dengan niat untuk bercerai... dan tiada siapa pun akan menyangka perkahwinannya akan berakhir dengan penceraian. So korang pleaseeeee.. selagi korang bergelar isteri buat yang terbaik... jadilah isteri yang solehah (in sha Allah). Jika diizinkan menjadi ibu... jadilah ibu yang boleh dibanggakan. Senang kata jalankanlah amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin untuk dua 'jawatan' yang mungkin tidak direzekikan kepada orang lain...

Seandainya satu hari takdir tidak menyebelahi kita... pada saat itu kita akan lepaskannya tanpa rasa menyesal... tetapi dengan satu rasa syukur atas peluang yang Allah telah beri dan ketika itu berbanggalah dengan diri kita kerana kita telah cuba menjadi yang terbaik... kesilapan itu sifat manusia... andai ada yang menghukum... biarkan mereka.. kerana hanya kita dan bekas suami lebih mengenali siapa kita disaat hidup bersama....

Harap mama tidak menguris hati sesiapa... disaat meminta 'cerai' mama dikatakan 'tidak sabar'... apa yang mama mampu katakan... seandainya tempoh perkahwinan itu 4 tahun.. ye... mama akui mama yang tidak sabar... tapi tempoh perkahwinan mama ketika itu 14 tahun... kalau tempoh itu mama dikatakan tidak mampu bersabar.. terpulanglah... tapi kesabaran mama sudah sampai diakhir garisan...

Sedikit titipan buat KAUM ADAM... percayalah... disaat seorang wanita mula mengeluarkan perkataan 'cerai' walau dalam bicara santai... sedarlah kalian dari mimpi... ia bukan sekadar kata2 kosong... tetapi perkataan keramat itu hadir bersama kesabaran yang kian menipis... (mungkin ini boleh berlaku sebaliknya dipihak KAUM HAWA)... natijahnya... usah dipandang ringan lima huruf ini... ia bukan mainan dalam perkahwinan... C.E.R.A.I...

Mama mula mengeluarkan 5 huruf keramat tu... sejak 3 tahun kebelakangan sebelum ia menjadi kenyataan... walau bukan sering dikeluarkan... setiap kali ia dikeluarkan mama benar2 maksudnya... dengan harapan ex hb mengambil kata2 tersebut sebagai peringatan keras... tapi itu semua diluar kawalan mama.. apa yang ex hb fikir ketika itu mama tidak mampu baca... 

Terima kasih WANITA2 HEBAT di luar sana... disaat anda benar2 meminta penceraian mama tahu disaat itu kalian benar2 kuat dan berani... disaat mama mengambil keputusan nekad juga... mama memerlukan satu kekuatan dalaman... tanpa sokongan... mintalah banyak2 petunjuk dari Allah... buatlah apa sahaja solat sunat untuk mendekat kita denganNya... solat taubat...solat hajat...dan yang penting solat istikharah... mama masih ingat bila mama diberi kekuatan.. kekuatan itu dtg hanya sebentar... selepas mama solat subuh.. tiba2 satu keberanian hadir... mama pergi kepada ibu mama.. apa yang mama katakan padanya... "mak.. kali ni Anis minta mak sokong keputusan yang Anis nak buat... Anis betul2 nak bercerai... Anis takde sesiapa lagi didunia ni.. kalau mak betul2 sayang Anis.. mak sokong Anis mak..." kami berpelukkan... "buatlah apa yang terbaik..." itu lah ayat keramat dari  ibu mama yang buat mama kuat dan terus melangkah tanpa menoleh lagi...

Sob..sob..sob...
Mata mama masuk habuk la korang... kita jumpa lagi...
Wanita hebat...wanita kuat... andai ini yang terbaik... teruskan melangkah dengan berani... Cabaran sebagai ibu tunggal terlalu besar di luar sana...

Bahagia Kita, Hak Kita, Cara Kita

Comments

Post a Comment