Memulakan kehidupan sebagai ibu tunggal atau single mum?
Assalamualaikum... salam sejahtera... hai sayang2 semua...
Mama doakan kita semua dalam lindungan Allah...dan bahagia cara kita....
Kenapa mama wujudkan blog ni? Selepas lebih setahun mama menjadi ibu tunggal atau single mum ramai rupanya rakan-rakan mama yang mempunyai pengalaman mereka sendiri atau berlaku pada ahli keluarga terdekat mereka...
Bila mereka tahu status mama... ramai yang mula berbisik2 berkongsi kisah mereka atau bertanya pendapat bagi pihak ahli keluarga mereka. Mama bukan siapa2... Mama insan biashe2... cuma mama jarang melihat sesuatu dari sudut yang tidak menggembirakan...
Sebelum mama membebel panjang... mama ni single mum kategori apa ye??? Hehehe... kategori yang paling tidak diingini... kategori yang mungkin dipandang sinis... Yup.. mama kategori berpisah atau kata kurang indah bercerai...
Takpe la... biarlah apa orang kata.. yang penting penceraian tetap dibenarkan dalam Islam. Mama bukan orang yang selayaknya bercakap tetang penceraian.. TETAPI berdirinya mama di sini.. hahaha.. ada gaya ahli politik berucap di padang awam di bawah matahari yang terik tak?? Hee.. Abaikan apa yang mama mengarut... blog ni mama bina untuk berkongsi pengalaman dan mungkin mana yang baik bolehlah WANITA2 HEBAT diluar sana ikuti... kan.. kan.. kan...
Tunggu post mama yang setrusnya ya.. kita akan start our journey....
Bahagia kita, Hak kita, Cara Kita
Tak kenal maka tak cinta kan...so mama belanja la
satu gambar bukti mama pandai memandu...hahaha..

Comments
Post a Comment